19 November 2013

PMR . Hoyehhh ^_^

Assalammualaikum

Fuhh . Penat menghalau labah labah kat blog ni hah . Haha . Rasenya dah berdekad tak update blog ni . Act , dah try seminggu yg lalu namun tidak berjaya . Cehh ayat . Secara tiba tiba lupa ingatan ape password . Alhamdulillah dah ingat balik . Terlalu benda yg nak cerita . Hmm , okay  kita citer pasal PMR , hoho . Pengawas yg jaga time exam tu ade seorang ni kan . Perghh . Kacak ! haha . Time PMR tu mcm mcm berlaku . Minggu exam lah katekan so , ade jugak bilik yg agak bersepah kan . Tapi benda tu mengajar batch ak (girl) . Tak bermakna kita busy ngn PMR , kita ambil ringan pasal benda benda mcm tu . Sebenarnya kalau bilik bersepah kita mesti takde mood or rase tak selesa nk study . Right ? So , pada ak tak semestinya kita busy mcm mane sekali pun , kita nak ambil ringan tentang ape yg ade di sekeliling kita :) Nak bagi adil , kiteorang satu bilik berpakat buat jadual . Setiap hari kena sapu dan semua orang kena jaga kebersihan di sekeliling tempat dyorang tidur . Hoyehh . Jadi bilik kiteorang takdelah nampak mcm tempat tikus beranak . Haha . Oh ye , nak dekat PMR , alhamdulillah surau selalu dipenuhi oleh pelajar tingkatan 3 . Sejuk mata memandang apabila ramai yg nak berubah . Tapi ingat ye kawan kawan jgn kita sesekali beribadah kerana nak kan result yg hebat . Kita berubah dan beribadah biarlah dgn niat yg ikhlas :) ohh . Benda ni cerita seram . Ada satu hari ni niat taknak tidur .Yelah , esoknya hari ahad kan . Nak stay up ngn sorang roomate ni . Tengah syok study , tiba tiba terdengar orang menangis . Sayu je bunyi . Mcm dengar tak dengar . Pelik jugak . Tapi konon buat tak tau . Lepas bape minit mcm tu , dengarlah pulak orang bace quran dgn suara tesedu sedu . Aduhh . Parah ni . Takut punya pasal , ak beri tau roomate ak yg same same stay up ngn ak tapi dgn cara bagi mesej . Roomate ak balas dy pun dengar benda yg sama . Tak sangka kawan ak pun dengar jugak . Tengok jam , ya Allah , pukul 3 lebih . Masing masing dah kecut perut . Mula lah teringat mcm mcm cerita hantu asrama ni . Hantu karipap lah dan mcm mcm . Akhirnya ak pun bukak ayat qursi kat mp3 n bukak volume kuat kuat . Kawan ak pun buat benda yg sama . Tak lama mcm tu okay lah . Dah tak dengar ape ape . Tpi kiteorg terkejut yg teramat bila ada orang ketuk pintu bilik kuat kuat . Mcm nak tercabut pintu tu hah . Haha . Rupanya akak akak badar ni . Hmm , ape lagi ehh , ohh class kiteorang mcm mcm . Dalam masa satu hari tu , mcm mcm class ade . Takpelah . Bersyukur kita cuma perlu berjalan ke blok akademik . Kesian lagi cikgu cikgu yg sanggup datang berjauh pastu tinggalkan anak anak kat rumah pastu lalu jalan gelap bila balik waktu malam . Hahh . Kesian kan ? Seminggu sebelum PMR , kitaorang ade pecutan terakhir . Satu batch duduk berkampung kat dalam bilik seroja . Masa kiteorg penuh dgn belajar . Memang sunyi je bilik seroja tu . Yelah semua orang sibuk seminggu lagi nk PMR kan ? Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar time jawab exam . Thanks kepada semua cikgu yg sanggup tunggu berjam jam kat luar dewan exam , bekalkan kiteorang gula gula n mcm mcm lagi . Ya Allah , kau berilah kejayaan kepada semua pelajar tingkatan 3 yg mengambil peperiksaan PMR . Kau berilah kami 8A/9A dengan rahmat mu . Kau berilah kami peluang untuk membalas jasa dan menggembirakan hati kedua ibu bapa kami serta guru guru kami . Amin ya rabbal amin .

Tiada ulasan: