Assalammualaikum :)
Dear form 3 , esok 19/12 dah . Dah tiba masanya yg kita dok tunggu tunggu ni . Hmm . Agak agaknya kita dah bersedia ke belum ni ? Sedia ke tak bersedia ke , kita kena tempuhi jugak esok kan . Banyakkan berdoa . Sekarang ni kita hanya mampu bertawakal . In shaa Allah . Jangan risau . Berdoa je . Yg nak bagi kite 8A ni Allah kan . Ingat ! Allah yg gerakkan hati pemeriksa untuk tanda kertas jawapan kite . Allah yg merancang segala galanya . Jadi , minta pada Allah . DIA yg menentukan segala galanya . Esok , kita bangun . kalau sempat , buat solat sunat dhuha . Tenangkan diri . Sepanjang nak ke sekolah , bace ni HASBUNALLAH WA NI ' MALWAKIR WA NI' MALMAULA WA NI 'MANNASIR . Ulang , ulang dan bace yg sebanyak boleh . Zikir ni merupakan zikir yg meletakkan segala galanya kepada Allah . Kiranya mcm bertawakal . Kita berserah kepada Allah apabila kita dah pun berusaha :) Mak sye ajar ^_^ Ustaz Hazwan MRSM BP pun ade ajar zikir ni :)
In shaa Allah 8A milik kita dengan izin Allah . Tapi ingat . Kita kena siapkan hati kita . Kita kena terima segala bentuk result kita nanti . Ya Allah wahai tuhanku , kau sahaja lah pencipta ku , pencipta seluruh alam . Kau berkatilah ilmu kami Ya Allah . Kau berkatilah segala ilmu yg kami ada . Redha kan lah Ya Allah ilmu mu . Sesungguhnya ilmu yg kami ada ini adalah milik KAU . Kami hanya meminjam Ya Allah . Ya Allah ya tuhanku , kau redha kanlah hati ku ini untuk menerima result PMR 2013 pada esok hari . Sesungguhnya pasti ada hikmah di sebalik apa yg berlaku . Kau permudahkanlah kami untuk menerima nya tetapi kami hanyalah hamba mu yg hina dan lemah . Kami juga inginkan result yg cemerlang . Kami juga ingin melihat senyuman kegembiraan di wajah ibu bapa kami serta guru guru kami Ya Allah . Kami juga inginkan keredhaan daripada mu wahai tuhanku . Kau berilah aku serta semua pelajar yg lahir pada 1998 dan yg mengambil peperiksaan penilaian menengah rendah pada tahun ini keputusan yg cemerlang iaitu 8A/9A . Jikalau kau mengizinkannya , kau lindungi lah hati hati kami daripada menjadi bongkak , takbur dan sombong . Sesungguhnya KAU lah yg maha berkuasa . Amin ya rabbal alamin .
Dear form 3 sekalian , jangan kita lupakan Allah apabila kita dah dapat apa yg kita nak . Teruskan bagun malam , solat pada waktu , teruskan perubahan yg positif dalam diri kalian , teruskan solat sunat dhuha , banyakkan membaca al-quran dan semua kebaikan yg kita lakukan sebelum dapat keputusan PMR :) terima dengan hati terbuka segala keputusan kita esok hari , jangan lupa , Allah sentiasa mendengar ape yg hambanya inginkan . Banyak kan berdoa . Allah sayang pada hambanya . In shaa Allah , dengan izin Allah , kita dapat apa yg kita inginkan esok hari iaitu 8A/9A :)
Assalammualaikum :)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan