20 Mac 2014

Hawa :)

Assalammualaikum ^_^

Apa khabar iman kalian hari ini ? Sihat ? :) Perempuan . Wanita . Satu golongan yg Allah sangat jaga . Kaum Hawa ni special . Allah perintahkan tutup sana sini bukan kerana mengongkong tetapi nak menjaga diri kita . Saye ulang , Allah nak jaga diri kita Hawa :) Mengapa Allah memerintahkan kita menutup aurat dengan sempurna ? Pasti ada hikmahnya kan ? Segala perintah Allah pasti ada hikmah tersendiri dan semuanya untuk kebaikan diri kita :) Hawa , memang bukan mudah untuk mengubah secara 360 darjah tetapi apa salahnya kita try . Allah maha Penyayang in shaa allah niat kita yg ikhlas dan baik tu akan Allah bantu . Sebenarnya aurat perempuan ni mcm mane ? Hahh kita sesama insan apa salahnya mengingat antara satu sama lain . Jangan lah selfish nak masuk Jannah Allah sorang sorang :))Mengikut surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 ada menyatakan kewajipan menutup aurat untuk para muslimah yang telah sampai akil baligh . Aurat seorang muslimah yg telah ditetapkan oleh Allah ialah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan . 

Sebenarnya ramai dikalangan kita yg mengambil ringan soal aurat terutamanya kaki . Kaki tu merupakan aurat Hawa :) Memang bukan mudah kita nak bergerak sana sini dengan berstokin . Sebagai contoh nak ke toilet . Agak menyusahkan sedikit kan bagi yg baru nak pakai tapi ingatlah , Allah sentiasa berada di samping kita . In shaa allah lama lama kita akan rasa senang dan selesa :)

Fesyen terkini yg semakin menjadi jadi menarik ramai muslimah tidak menutup aurat dengan sempurna . Islam tak larang kita nak berfesyen dari segi pemakaian namun aurat tetap perlu dijaga . Kalau kita mengikut fesyen dan menutup aurat yg sempurna kan elok :) Segelintir antara kita cakap menutup aurat dengan sempurna ni permikiran kolot . Astaghfiruallahalazim . Permikiran kolot ni lah yg menyelamatkan godaan syaitan dan api neraka Allah . Hawa . Boleh berfesyen asalkan mengikut syarak yg telah ditetapkan . Contohnya , kalau beli baju pastikan tidak terlalu nipis dan tidak terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan kita . Hawa , kita dok sibuk tayang sana sini , apa kita dapat ? Pujian orang ramai ? Tak sayang . Malah orang akan pandang pelik . Adakah ini pemakaian muslimah sejati ? Nakkan pujian lelaki ? Nauzubillah . Perkara nilah salah satu penyumbang berlakunya kes rogol . Kita menarik lelaki untuk melakukan perkara tidak elok kepada diri kita . Ya Allah . Apa yg Allah telah tetapkan ada hikmahnya . Renung-renungkan lah Hawa . Selain itu , pilihan pakaian yg tak terlalu over dari segi corak dan warna agar tidak menarik perhatian orang sekeliling untuk melihat kita :) Bukanlah bermaksud kita pakai warna gelap n kusam je -.- Bukan mcm tu , pilihlah warna yg kalian suka namun elakkan daripada memilih warna yg menyilau mcm oren terang tu yg mcm lampu hahh . faham ? 

Ada antara kita yg memakai tudung namun lengan terdedah . Hahh . Acane ni ? Mungkin ada antara muslimah yg berpendapat bahawa menutup aurat adalah dengan menutup rambut sahaja . Salah sayang , menutup aurat yg sebenar ialah kita menutup semua anggota tubuh badan kita kecuali tapak tangan dan muka . Lengan tu kan aurat maka kita perlu menutupnya dengan cara memakai baju lengan panjang . Kalau pakai handsock tak boleh ke ? Okay , kalau tanya ustaz , ustaz kata kalau pakai handsock kita menujukkan bentuk lengan kita kan ? Sama lah kita pakai pakaian yg ketat tetapi sebenanrnya kita bertelanjang . Elakkan ye ! Pakai lengan panjang je terus . Perlahan lahan ye Hawa :) Kita boleh ! 
Ada juga antara kita yg suka selimpangkan tudung di bahagian hadapan . Awak nak tayang ape ? Eset awak yg bernilai tu ? Ada tak orang yg keluarkan semua duit dan barang yg bernilai untuk ditonton umum ? Takdekan . Sebab ape ? Sebab takut kena curi . Hahha samalah mcm selimpangkan tudung . Tak takut ke kena curi ? Kalau kita tayang sana sini , apa yg tinggalkan untuk suami kita yg sah nanti ? Allahuakbar
Hawa yg dirahmati Allah ,
Selangkah kaki kita keluar dari rumah tanpa mentup aurat dengan sempurna , ayah kita yg tanggung dosa kita tu sayang . Tak kesian ke ? Sepatutnya kita sebagai anak perempuan dapat menjadi perisai ibu bapa kita daripada dimasukkan ke dalam api neraka . Itulah kelebihan anak perempuan namun ramai dikalangan kita yg menarik ibu bapa kita untuk dimasukkan ke dalam Hawiyah Allah . Nauzubillah . 
Hawa , kita senang masuk ke syurga namun senang juga untuk dicampakkan ke dalam neraka . Ye bukan senang nak istiqomah kan perkara yg baik . Diri ini pun masih tergapai gapai mencari keredhaan Allah . Bersama sama kita menjaga diri kita . Menjaga maruah ibu bapa kita . Menjaga maruah diri kita sebagai muslimah yg sejati dan bersama sama menjaga nama baik agama kita iaitu Islam :) Hawa , syurga Allah itu manis . Bersusah dahulu biarpun pahit kerana syurga Allah itu tinggi nilainya . 

Biar kita bersusah . Biar kita dikutuk orang tetapi ingatlah jalan menuju ke Allah itu sedang menunggu kita . Biar kita bersusah menuju ke syurga Allah namun apabila tiba di Jannah Allah , kenikmatan yang tidak terucap untuk digambarkan . Ayuh Hawa , jgn terlalu memikirkan soal duniawi , ingat kita masih ada akhirat . Berhias lah sesuka hati apabila berada di dalam Jannah Allah sayangg :) Biar berperit sekarang kerana kenikamatan sedang menunggu kita Hawa :))
Jadilah muslimah sejati . Longgarkan kan pakaian kamu , labuhkan hijabmu melepasi dada kamu , tutuplah kaki kamu dengan berstokin , tutup pergelangan tangan mu dengan handsock . Ingat , segala apa niat kita biarlah ikhlas kerana Allah S.W.T :)) Jadilah pelangi yang indah dan bunga yg cantik dipandang namun susah untuk dipegang dan diambil sesuka hati :)



Hawa , ingat jadilah muslimah sejati yang boleh menjadi perisai ibu bapa kita daripada dimasukkan ke dalam api neraka . Ingat , Allah sentiasa berada di samping kita . Mohonlah kepadaNya . In shaa Allah . Semoga berjaya . Semoga dirahmati Allah dan semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t . In shaa allah . Assalammualaikum :)


Tiada ulasan: