7 Januari 2015

Penghijrahanku

Assalammualaikum :)









Cik bulan teringin nak share pengalam cik bulan pertama kalinya memakai tudung labuh . Allahu perasaan yg rasa sungkar untuk diungkap . Allahuakbar !

Pertama kalinya ,
Aku selalu membelek majalah solusi . Rasa tenang dan bahagia kalau nmpak gambar hawa yg bertudung labuh . Niat di hati memang teringin nak melabuhkan kain tudung ni . Rasa tenang allahuakbar ,
Pulang bermalam bila cuti ,
Akhirnya aku membeli juga kain tudung warna hitam bidang 50 . Balik rumah nk jahit tengah ( prep di maktab wajibkan jahit tengah ) Mak tolong molekkan lagi jahitan . Bila pakai allahu besarnyaa . Mulalah syaitan ni membisikkan pelbagai hasutan . Tabah suraya ! Kau kena kuat !
Naik cuti , 
Nak turun makan malam di ds , aku kuatkan diri . Pakai suraya ! Ini impian kau . Ingat niat kau ! Pedulikan apa orang kata . Biar hanya Allah yg mengetahui niat kau . Akhirnya , aku turun ke ds dgn memakai tudung hitam baruku bidang 50 . Ak turun dgn ahli baru batch aku . 
Sampai di ds , bnyak mata memandang . Rasa takut , malu semua bercampur . Ada sorang hamba Allah ni ckp , "ak bukan tengok budak baru tu tpi ak tengok suraya . Bercahaya wehhh " Allahu . Ampunkan dosa ku Ya Allah . Lindungi ak dripada silap niat . Hindari ak drpda berpura pura . 
Ak ingtkan diri ak bahawa niat ak melabuhkan kain tudung ku kerana Allah swt . Hanya untuk Pencipta ku yg Maha Berkuasa . Abaikan pujian mereka . Abaikan kata kejian mereka . 
Sahabat2 ku yg duduk semeja hanya senyum . Langsung tidak menanyakan perubahan aku . Mereka seolah olah menghormati perubahan ku . Allahu terima kasih sahabat !

Naik ke surau , 
Ramai lagi mata memandang . Sabar suraya . Tabah ! Kalau dulu ketika ak mula2 memakai stokin dan handsock , kalian mengeji , Sekarang apabila ak melabuhkan kain tudung ak , muka kalian seolah olah tidak percaya . Tabah suraya !
Habis solat Isyak berjemaah , tirai dibuka . Ada perjumpaan batch . Allahu ! Takut Ya Allah !
Sarah , pelajar baru duduk di sebelah ku . Apbila diminta memperkenalkan diri , para ajnabi menoleh ke belakang . Saat itulah bermula sifat malu ku semakin bertambah . Malu untuk ak mengangkat muka , Ak hanya menunduk , Allahu lama pulak cikgu dok tnya pasal Sarah , Tunduk jelahh nampaknya .

Hanisah hasanin , orang pertama yg memuji aku . Allah malu hehe
Dan akhirnya ramai menegur ak . Ak terdiam . Macam takde benda nk ckp . Hanya senyum . Dan hanya Allah yg mengetahui :) Melihat cermin , ak melihat diri ak sendiri . Ak tidak percaya . Akhirnya ak berjaya melabuhkan kain tudung ak :) 

Jujur ak katakan , sebelum ini , ak selalu mencuba tudung hanisah , bidang 60 . Huii labuhnyaaa 
masa tu takde perasaan apa2 . Cuma mahu mencuba . Pada awal 2014 , ak nekad !
Subhanallah . Sukar untuk dikatakan perasaan ku sahabat :)

Pada suatu hari , ada seorang hamba Allah bertnya bagaimana ak kuat untuk berubah ? Ak terdiam . Ak tnya balik , "pelik sangat ke ak dgn tudung ni ?"
org tu balas "taklah kau tau kan before ni kan mcm mna n kau sangat kuat untuk berubah."
Allahu
Sebab tu ..
Baiklah . Memang org pelik org seperti ak boleh berubah . Org seperti ak memakai tudung labuh .


Ya , dulu ak juga seperti kalian . Ak seperti hawa yg lain . Ak seperti perempuan yg lain
Ak dulu bukanlah org yg sangat berilmu dlm ilmu akhirat ,
Ak biasa biasa shj . Ak juga pernah merasa dunia couple yg kononnya sangat menggembirakan .
Ak dulu sangat menjaga penampilan ku . Baju kurung besar ak tak nak pakai . Allahuakbar . Cukuplah ak kongsi ak yg 'dulu'
Subhanallah
Ak tahu , tidak selamanya ak akan hidup di dunia yg sementara ini . Sikit2 ak berubah . Mula2 ak letak semula semuaa baju kurung ku yg agak kecil . Ak mencari semula baju kurung ak yg ak simpan kerana besar .
Mak pelik tapi mak diam . Mak faham apa perasaan aku . Ketika itu tahun2013 
Ak rasa sangat selesa pakai baju kurung besar . Pakai jubah besar . Sampai ada yg kata 
"suraya , kau pakai baju mak kau ke ?"
Tidak mengapa hamba Allah . Ak tidak marah .
Ak tidak kisah baju ak yg besar kerana ak berasa lebih selamat . Lebih selesa .
Biarlah org kata ak kolot . Ak tidak bergaya . Biarlah .
Asalkan Allah redha dgn pemakaian ak
Asalkan ak tidak menyumbang dosa terhadap abah aku ,
Asalkan ak tidak memberatkan timbangan dosa aku .
Asalkan mata ajnabi tidak lagi melihat aku ,
Ak adalah aku ,
Biarpun bertudung labuh , ak tetap dgn sifat ak iaitu happy go lucky , suka bergurau , bnyak cakap
TETAPI 
Bukan lagi dgn cik adam ,
Hanya untuk cik hawa .
Perubahan ak tidak bermakna ak terus diam kan diri . Bukan bermaksd ak kurang aktif dalam kelas .
Jika cikgu menempatkan ak dlm grup yg ada cik adam , ak tetap berkata malam bnyak cakap . Asalkan tidak berlebihan dan paling penting jaga batas pergaulan ,
Jika ada cik adam kata saya sombong . Maaf bukan sombong tapi tidak perlu untuk berkata yg tidak perlu . Masih boleh berborak tetapi ada batasannya ,
Ak tetap berani berkata di hadapan khalayak ramai .
Jika ada yg kata "pakai tudung labuh , tapi ckp depan org ramai"
Baiklah , biar ak bagi jawapan.
Ak berkata di hadapan apabila perlu
Apabila diminta berkata kata 
Allah menyuruh kaum Hawa jaga batas pergaulan bukan sekat pergaulan !
Ingat tu ye sahabat sekalian !
"Tudung sekolah tak labuh pun ?"
Allahu , 
Allah berfirman dalam surah AN-NUR , LABUHKAN LAH KAIN TUDUNG KALIAN.
Allah tidak meminta pakai tudung bidang 60 , 70 , 80 tu semuaa . Allah minta hawa labuhkan kain tudung melepasi dada .
Fahan sahabat sekalian ?

Riadah tetap riadah . Walaupun segan berlari depan cik adam , ttp meneruskan dgn cara pakai baju muslimah yg beso . 

Rasanya sudah cukup pengalaman cik bulan heheehe . 



ISLAH NAFSAK WADA' GHAIFAK :)


Tiada ulasan: