13 Disember 2015

Cemburu Akan Dirimu

Assalammualaikum







Kami sentiasa bersama kamu wahai anak kecil
Biar kamu dihujani beban yg amat untuk dipikul
Allah swt sentiasa memerhatikan kamu wahai ahli syurga
Ujian yg Allag beri sememangnya berat untuk dipikul


Tetapi ingatlah sayang,
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah , ayat 286
"Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya
Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya
dan 
dia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya"


Teruskan berjuang wahai ahli syurga
Teruskan menembak doa kepada mereka wahai sahabat
Jangan berhenti mengalah dengan ujian Allah SWT
Allah SWT memberi ujian tandanya Allah menyayangi hambanya


Sungguh. Sungguh aku menghormati anak-anak ahli syurga yg sungguh kental jiwanya
Sungguh. Sungguh aku mencemburui kehidupan anak-anak ahli syurga ini yg langsung tidak terkesan dengan kenikmatan dunia.

Allahu

Kerdil rasanya diri ini 

Wallahi aku amat memerlukan kekuatan seperti mereka untuk terus melangkah di bumi Allah SWT
Wallahi aku amat memerlukan kekuatan seperti mereka untuk terus memikul amanah dan tanggungjawab yg Allah SWT beri.


#igsurayashahain

Tiada ulasan: