9 Disember 2013

Kejamnya kamu wahai manusia !


Assalammualaikum :)
Siapa setuju manusia zaman sekarang ni lagi kejam daripada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW iaitu zaman Jahiliyah ? Knape pulak ? Sebab zaman jahiliyah cuma bunuh bayi perempuan . Mereka tanam hidup hidup . Tapi zaman sekarang , tak kira bayi tu girl or boy tetap buang . Hahh . Nampak tak betapa kejamnya mereka ? Kadang kadang terfikir betapa kejamnya mereka sanggup buang bayi yang langsung tak bersalah . Ade lagi teruk sanggup tak berfikir panjang campak bayi tu , bunuh . Ya Allah . Kenape dengan mereka ni ? Mungkin lepas mereka lakukan zina , dyorang ni gabra kot . Lagi lagi kalau si lelaki tu jenis selfish . Tak nak bertanggungjawab . Haish . Kaum Hawa , tengoklah . Lelaki yg  kalian sanjung tu . Lepas melepaskan nafsu , tinggalkan kalian terkontang kanting mcm tu je . Mcm tu yg korang nak ke ? Masa bercinta bagai nak rak tapi bila dah mcm ni . SELFISH . Yes . 


Nampak tak betapa kejamnya mereka ? Subhanallah :'( Manusia , sudahlah kamu melakukan dosa besar , tak cukup tu kamu buang pula bayi yg tak bersalah ni . Astghfiruallahalazim . Kenape kejam sangat ? Hari hari mesti dengar pasal ke pembuangan bayi ni . Kalau tak nak bagi lah kat sape sape yg nak . Haishh . Kalau tak buang , gugur . Itulah jelah kerja kalian ye . 

Ni ade terbace kisah bayi yg digugurkan . Sedih :'(

Bulan 1: Ibu, panjang adik cuma 2 cm, tapi adik sudah ada dalam badan ibu.. Adik sayang ibu , bunyi degupan jantung ibu menjadi musik terindah yang menemani adik di sini..

Bulan 2: Ibu, adik dah boleh merasa jari jemari, di sini terasa hangat bu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ya..

Bulan 3: Ibu, biar pun adik belum tahu jenis jantina adik, tapi apa pun adik harap ibu & ayah bahagia apabila adik dilahirkan.. Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis, adik juga ikut menangis..

Bulan 4: Ibu.. rambut adik dah mula tumbuh, adik dah boleh menggerakkan kepala ke kiri dan kanan..

Bulan 5: Ibu.. tadi jumpa doktor ya, doktor cakap apa..? Αpa benda D&E tu bu.? Αdik takkan di apa-apa kan ya bu..?

Bulan 6: Ibu jumpa doktor tu lagi ya..? Bu, tolong bagi tahu doktor tu, adik di sini sihat-sihat saja ..! Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam..? Benda tajam tu mula memotong rambut adik, bu tolong adik, adik takut.. Benda tajam tu pula memotong kaki adik, sakit bu..

Walaupun adik dah tiada kaki, adik masih ada tangan yang boleh memeluk ibu.. Bu, kenapa benda itu sekarang memotong tangan adik, ibu tolong adik.. Adik janji tak akan nakal-nakal dengan ibu..

Tapi, biarpun adik sudah tiada tangan dan kaki, adik masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu, tapi .. Benda itu sekarang sudah mula memotong memutuskan leher adik, ibu.. Maaf bu.. Berilah adik kesempatan hidup, adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu..

Bulan 7: Ibu, adik di sini sihat-sihat saja, adik dah berjumpa dengan Tuhan di Syurga, Tuhan telah mengembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong benda tajam itu.

Tuhan telah menyuruh bidadari menjaga, memeluk, memegang tangan, mengendong adik dengan lembut, dan lalu Tuhan membisikkan, memberitahu apa itu D&C.. Kenapa ibu tetap melakukannya..? Kenapa ibu tak nak bermain dengan adik..? Αpa salah adik bu..?

Ibu bertaubat ya, semoga Tuhan menempatkan ibu di sini, nanti kita main-main disini, dan jangan lupa ajak ayah juga ya bu..

 Kan baby comel . Sampai hati dyorang pergi bunuh . Ya Allah , berilah hambamu itu kesedaran . Kau berilah petunjuk kepada mereka . Kau lindugilah kami daripada mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan . Kau lindungilah ak dripada termasuk dripada golongan yg engkau murkai . Amin . 
                                                             Assalammualaikum :)

Tiada ulasan: