Assalammualaikum :)
Pernah terbace dalam majalah solusi , salah satu golongan daripada tujuh golongan yg Allah berikan keistimewaan di akhirat nanti adalah golongan remaja . Yes . Golongan remaja ! Tempat kedua selepas golongan pemerintah pada tempat pertama . Istimewa tu ! Kenape ? Kenape Allah beri keistimewaan tu ? Sbb kehidupan remaja sangat mencabar . Terlalu banyak dugaan dan ujian . Sebagai contoh , style baju , couple couple , dating dating dan sebagainya . Sememangnya ramai yg remaja dah terikut ikut gaya barat . Sambut valentine day walaupun tahu sambutan itu adalah haram . Itulah sebabnya mengapa Allah beri keistimewaan tu kpada REMAJA YANG BERJAYA HINDARI DIRI DARIPADA SEGALA DUGAAN DAN UJIAAN PADA ALAM REMAJA . itu sebabnya :) hmm . Teringat diri sendiri . Adakah ak akan mendapat keistimewaan itu ? Ya Allah :'( Teringat ketika dahulu , terasa megah apabila ada orang meminati kita . Hahha . Terasa hot kononya . Namun , sebenarnya itu hanyalah permainan syaitan . Dalam firman Allah ad menyatakan JAUHKAN LAH DIRI KAU DARIPADA MENDEKATI ZINA . Allah tak ckp jangan kau melakukan zina tapi Allah ckp jangan kau dekati zina . Dekati zina tu ape ? Dekati zina itu contohnya macam COUPLE . Hahh . Trending remaja yg mcm ak ni lah . Hee . Okay . Mungkin ade orang cakap couple je , bukan buat ape ape pun . Ye betul , memang couple . Mula mula texting ( texting bersama lelaki yg bukan muhrim dengan tiada ape ape tujuan adalah HARAM ! ) , lepas texting , si boy ajak dating kat taman . Si girl ni pergi sorang sorang tanpa teman . Berdua duaan di taman . Syaitan lah yg ketiga . Ape jadi ? Jeng jeng jeng . Hahhh . Lahirlah seorang bayi . Berlaku tak zina di situ ? Ape permulaanyan ? Couple kan ? Texting kan ? Itu sbbnya texting bersama lelaki bukan muhrim adalam haram . Setiap yg Allah tetapkan pasti ada hikmahnya yg tersendiri :) SEBAB ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA :) Yg perempuan , kita cuma ade satu je maruah diri . Tak nak ke kita simpan diri kita untuk suami kita yg telah Allah tetapkan ? Tak kesian ke kat suami kita bila dapat yg TERPAKAI ?Kalau lelaki tu takpe . Yg perempuan tu kesian . Kadang kadang teringin mcm yg lain . Ada orang caring tapi cepat cepat istighfar . Cukuplah hanya keluarga kita yg caring pasal kita . Allah pun caring pasal kita ape ! So , buat ape nak kan orang lain caring pasal kita ? Kan ? Terasa kesian bila tengok perempuan berpegang tangan dengan si hubby . Ya Allah , Hubby tu kan panggilan untuk orang yg sudah berkahwin . Rasa tak malu ke apabila memberitahu ramai orang tentang status dirinya . Mendedahkan dosa kalian . In relationship with si polan binti si polan . Klau status pasal kahwin bagi orang yang telah berkahwin takpelah . Ni ade jugak status bertunang dengan si girl dy . Ya Allah , murahnya diri kamu wahai perempuan ! Kalau betul betul nak , mehh jumpa Bapa kpada perempuan tu . Bersoal jawab dulu dengan bapa dy barulah boleh berkawan dengan anak dy . Hahh . Mampu ? Kalau tak mampu , tinggalkan lelaki tu ! Nak ke kat lelaki yg pengecut ? Lepas tu , kalau lelaki tu tak solat . Tinggalkan . Confirm lelaki tu bukan yg orang yg setia . Kalau Allah pun dy boleh tinggalkan apatah lagi kite(perempuan) ni hahh?
Pernah terbace si girl ni selalu kena marah , kena maki hamun ngn si boy dy . Yg si girl ni bukan main pandai boleh menangis . Bukan menangis pasal ape . Menangis suruh si boy dy ubah perangai sbb si girl ni tak boleh hidup tanpa si boy ni . What ? Pasal tu hang menangis . Awak ni buta ke ape ? Kalau belum kahwin dah maki hamun apatah lagi bila dak kahwin , entah entah naik kaki tangan semua . Ya Allah , Kau berilah petunjuk kpda hambamu itu ya Allah . Nasihat ini khas untuk kaun Hawa yg semakin alpa daripada ak yg juga kaum seperti kamu :). Cukup cukuplah mencari cari cinta yg bukan abadi . Cukup cukuplah menjadi hamba nafsu serakah lelaki wahai kaum Hawa . Mereka(lelaki) hanya mahukan harta milik kamu yg sangat bernilai . Mereka kaburi mata kamu dengan kata kata pujian dan manis mereka dengan hanya mahu melepaskan nafsu mereka . Cukup cukup lah mencari cinta yg bukan untuk kamu . Buka lah mata kamu wahai kaum hawa . Lihatlah dan rasailah cinta yg sebenar benarnya . Cinta itu sungguh suci . Tidak pernah berhenti memberikan keistimewaan kpada kamu . Tidak pernah terlepas satu saat untuk terus mencintai dan menyayangi kamu wahai kaum hawa . Cintailah ALLAH :)
ASSALAMMUALAIKUM :)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan