Assalammualaikum :)
Apa khabar iman sahabat sekalian ? Hari ni nak berkongsi maksud di sebalik lagu nasyid Atas Nama Cinta- Unic. Selalunya kita dok dengar ohh mcm best je tapi apa kata fahamkan maksud sebenar yg cuba nak disampaikan. Semoga bermanfaat :)
Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Okay. ni apa yang saya faham, kalau silap betulkan ye !
Apa yg cuba nk disampaikan, org ni terleka dgn senyuman seorang hawa *atau vice versa ye hik
Konon-konon cinta pandang pertama uhukk ye kot
Hah pastu start lah dok terbayang-bayang n etc
Sebenarnya apa yg kita tak nmpak ialah Allah hadirkan seorang hawa itu untuk menguji tahap keimanan seseorang adam tu. Time ni lah kta nk tau level iman kita hahh. Kalau sikit-sikit senang jatuh cinta, parah tu. Jadi nasihat sebagai seorang sahabat, apa kata kita tundukkan pandangan. Dari mata turun ke hati, dari hati turun ke bla bla bla. Untuk elakkan perasaan tu turun menjalar satu badan, start tundukkan pandangan. Susah ? Yaa memang susah tapi try ! Nk dapat kenikmatan syurga Allah pun bukan mudah :)
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta
Okay dah start dah laki ni dok berkhayal, Ni yang seram ni. Akibat tak tunduk pandangan, ni lah jadinya. Bila dah rasa bahagia sampai terlupa tujuan kita yang sebenar. Lupa yg sebenar kehidupan kita di dunia ini singkat. Kehidupan di dunia umpama RnR,hah singgah kejap je. Singgah untuk mengumpul bekalan akhirat. Singgah untuk mencari tujuan kita dihidupkan. Singgah untuk mengenal Pencipta kita :) Bila dok happy sangat konon dh jumpa jodoh uhukk geli, semua benda nmpak bahagia tapi act semua tu permainan syaitan. Permainan syaitan yeee.
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna
Nasib baik laki ni cepat tersedar hahha. Dia rela pendamkan perasaan yg hadir tu, dia sedar hadirnya perasaan tu Allah nak ujian tahap Cinta kepada Allah. Bila kita dah suka someone. Jap jap, perasaan suka,cinta dan yang sama keturunannya semua tu fitrah. Memang Allah cipta manusia dgn hadirnya perasaan semua tu. Perasaan tu semua membuktikan awk semua normal! Yeahh ! Tapppiiii , janganlah sampai melebih lebih. Jangan sesekali biarkan perasaan tu melebihi cinta awk semua pada Allah ! Allah sahaja yang layak menerima cinta , kasih hah smua. Get it sahabat ?
Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka
Tapi kann. Kita ni remaja. Kita pun teringin nak love love uhukk
Mcm mana ?
Mcm mana kita nak jaga perasaan ni dari terus membiak ?
Mcm mana kita nk kuat ?
Okay banyaknya mcm mana..
Mcm ni,,
First step,
Kuatkan iman awk. Gi baca al-quran, fahamkan maksud, banyakkan solat sunat,
Mohon pada Allah, minta cinta Allah.
Sahabat di sayangi Allah ,
Allah sentiasa ada dgn kita. Sentiasa, Cuma kita yg leka. Kita leka dgn cinta manusia yg tak tau milik kita atau tidak.
Kita leka dgn kenikmatan dunia yg sebenarnya boleh membawa kita jauh dari Allah.
Buka mata kalian, Rasa kenikmatan yg sebenar. In shaa Allah kekuatan yg luar biasa akan kalian rasa.
Tetapi, sometimes iman kita lemah. Betul ?
Masa lemah tu cepat2 gi dengar zikir, baca maksud al-quran, Allah rindu sebenarnya :)
Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya
Cinta yg selayaknya hanya untuk Allah :)
Kita remaja, bnyak ujian. Bnyak kenikmatan dunia yg kita perlu tinggalkan
Banyak sangat.
Tapi ingat 7 golongan yg akan dpt naungan Allah swt antaranya para pemuda pemudi yang hidupnya untuk Allah :)
Tak lama mana pun kita kat dunia ni. Tak dpt kat dunia, in shaa Allah dpt kat akhirat lagi ohsemmm
Semoga setiap pengorbanan kita mendapat keredhaan Allah swt :)
Nak yg baik, ubah diri sendiri dahulu tapi !
Jangan berubah ke baik niat nak pasangan yg baik
Allahu dah lari tu niat
Niat biar ikhlas kerana Allah swt :)
Baru molek !
Okay semua ?
Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa
Biar kita jaga diri sehingga tiba masanya yg Allah redha, akan hadir jua pasangan kita :)
Semuanya dah ditetapkan. Kita jgn susah2 mencari sampai lupa Allah
Tapi kenalah juga usaha tapi bukan sekaranglah tapi tk nak kupas pasal ni uhukk
Definisi cinta yg sebenar jeng jeng
Kita dapat rasa kenikmatan Cinta Allah swt ! Yihaaa
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
Selama mana kita hidup di dunia, kumpul lah sebanyak munking amalan yg boleh membawa kita ke Jannah Allah :)
Dan pastikan amalan kita benar2 ikhlas kerana Allah.
Cuba bayangkan 50 thun kita hdup tpi bila padang masyar Allah tak terima amalan kita sbb kita beribadat bukan kerana Allah
Allahu seramnyaa.
Semoga bermanfaat :)
Semoga Allah meredhai segala usaha kita :)
Bitaufiq wannajah !

Tiada ulasan:
Catat Ulasan