19 Julai 2015

Istiqamah

Assalammualaikum :)

Apa khabar iman semua? Tajuk entry kali ni Istiqomah. Yihaaaa rasa bahagia yg teramat bila orang sekeliling mula mengubah jalan hidup mereka. Allahu rasa bahagia yg teramat! Namun kebahagiaan tu kadang-kadang tak kekal sbb ada antara sahabat kita tak mampu untuk meneruskan langkah mereka. Allahu yg ini pun sedih yg teramat.

Bila kita nampak org sekeliling kita berubah ke arah kebaikan, kita rasa bahagia, Bahagia sbb org tu dapat rasa nikmatnya berhijrah seperti yg kita rasa. Siapa yg tak syg kwn? Nak menceritakan secara detail tentang nikmat berubah ni allahu tak boleh nk described fully sbb tak terungkap dgn kata2. 

Sahabat, 
untuk mendapatkan hidayah Allah memang payah.Kita kena berusaha, doa dan sebagainya. Namun jika hidayah Allah sampai kepada org yg dikehendakinya, tiada yg mustahil kerana Kun Faya Kun. 

Sayang, 
untk pengetahuan kalian,
mengekalkan hidayah Allah yg telah kita dapat sebenarnya lebih payah.
Penghijrahan awk membuktikan tahap Cinta kepada Allah swt.

Sayang,
sejujurnya, memang payah.Sangat payah untuk mengekalkan rentak perjalanan baru awk, Namun tiada yg mustahil sahabat. Mohon pada Allah untuk terus kuat melangkah. Saya juga lemah. Saya juga kadang-kadang hampir tersungkur, Bila kita susah, siapa yg hadir ? Allah swt yg hadir untuk merawat luka kita. Namun bila kita dah kuat, kita tingglkan mcm tu. Adil ke ?

Sayang,
Mahukan perubahan yg kekal memerlukan niat yg ikhlas.
Jika kita ikhlas kerana Allah, satu perasaan akan hadir dlm diri kita untuk menguatkan kita melangkah.
Perubahan tidak memerlukan perubahan yg drastik, 
Daripada stylish ke berjubah, berserban, bertudung labuh, berjubah,berniqab dan sebagainya.
Cukup awk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangannya sudah memadai.
Yg selebihnya tu akan menyusul awk bila hati awk benar-benar terpaut pada Cintanya :)

Sayang,
Kita remaja. Ya benar ramai remaja di luar sana yg tersungkur.
Zaman remaja kita bukan lah zaman berfoya-foya.
Bermula dari sekarang lah awk menyiapkan diri awk dgn sempurna agak awk dpt melindungi diri awk dari tergoda dgn nikmat duniawi yg hanya sementara.
Kita mati bila-bila masa. Tidak kira tua atau muda.
Benar ramai lagi remaja yg tersimpang, jadi awk nk ikut mereka ke ?
Kalau mcm tu, siapa lagi mahu mentadbir dunia Allah ini dgn mengikut syariat Allah ? Siapa ?

Sayang, 
Tidak mengapa jika awk hilang segalanya apabila awk berhijrah.
Mereka tidak selamanya dgn awk.
Suatu hari nanti, mereka akan melangkah meninggalkan awk.
Yg tinggal hanya awk dgn Pencipta awk yg Maha Esa.

Sayang,
Teruskan melangkah.Jika jatuh, bangkit semula.
Allah swt sentiasa dgn awk semua. 
Jangan berputus asa!
Jangan terlalu mudah menudukkan nafsu awk ke hal duniawi
Nikmati zaman remaja awk dengan cara yg diredhai Allah swt !

Sayang,
Jangan pernah sesekali putus harapan dengan Allah swt!






Tiada ulasan: